Jumaat, 2 Oktober 2009

Isnin, 17 Ogos 2009

DURIAN


RAJA BUAH


JOM KENALI DURIAN..





Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.
Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti "makan kastard dalam tandas awam". Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk.
Nama saintifik durian perdagangan adalah Durio zibethinus. Buah durian lain yang boleh dimakan kadangkala terdapat di pasaran tempatan di Asia Tenggara. Nama saintifik spesies lain adalah Durio kutejensis, Durio oxlevanus, Durio graveolens, dan Durio dulcis.
Terdapat banyak klon durian, kesemuanya mempunyai nama bermula dengan "D" dan diikuti dengan nombor. Sebagai contoh, sebahagian klon popular adalah D24, D99, D158 dan D159 (ini adalah " Mon Thong " pelbagai). Oleh kerana durian (adalah tajuk pengkajian di sebahagian institut pertanian, jenis perdagangan diberikan D nombor untuk membezakan mereka dari "piawaian" jenis liar.
Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.
Orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.


MANFAAT DURIAN

1. BUAH : untuk mencegah dampak dari extensic aging
(faktor penuaan dari luar) meningkatkan tekanan
darah(zat besi),buah dan akarnya berkhasiat
untuk mengatasi bengkak, penyakit kulit, dan
penyakit kuning.
2. KULIT : dapat digunakan sebagai ubat pengusir nyamuk,
untuk mengubati ruam pada kulit (sakit kurap)
dan susah buang air besar (sembelit). Kulit buah
ini pun biasa dibakar dan abunya digunakan
dalam ramuan untuk melancarkan haid. Selain
itu kulit durian dapat dipakai sebagai bahan abu
gosok yang baik, dengan cara menjemurnya
sampai kering dan dibakar sampai hancur.
3. DAUN : Air seduhan daun durian di Malaysia digunakan sebagai antipiretik (pereda demam).
Deskripsi tentang khasiat durian itu tertulis dalam kumpulan tulisan Burkill dan
Haniff tahun 1930. Caranya, jus daun durian ditampalkan di dahi atau air rebusan
daun durian diminum.




KANDUNGAN GIZI:
Sodium, karbohidrat, serat, protein, kalsium, fosfor, karoten, potasium, zat besi, vitamin c,
thiamin, niacin, riboflavin.“Gaya Hidup Sihat no 398/2-8 Maret 2007″.Setiap 100 g salut
biji mengandungi 67 g air, 28,3 g karbohidrat, 2,5 g lemak, 2,5 g protein, 1,4 g serat; serta
memiliki tenaga iaitu 520 kj. Durian juga banyak mengandung vitamin B1, B2, dan
vitamin C; serta kalium, kalsium, dan fosfor.






MANGGA





SERBA SEDIKIT TENTANG MANGGA


Menurut Wikipedia,Buah Mangga merupakan satu genus tumbuhan yang terdiri daripada 35 spesies pokok buah tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.
Terdapat dua keturunan mangga, satu dari India, dan satu lagi dari Filipina dan Asia Tenggara:
Pokok-pokok keturunan India tidak tahan kelembapan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna merah terang yang tidak dapat menahan kulapuk. Pokok-pokok ini menghasilkan buah monoembrio berwarna kemerah-merahan yang mempunyai bentuk biasa.
Pokok-pokok keturunan Asia Tenggara dapat menahan kelembapan yang berterlaluan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna hijau pucat atau merah yang dapat menahan kulapak. Buah poliembrionya berwarna hijau pucat dan mempunyai bentuk ginjal panjang. [1]
Rujukan kepada buah mangga sebagai "makanan dewa-dewi" boleh didapati dalam kitab-kitab Veda Hindu. Nama buah ini datangnya daripada perkataan perkataan Malayalam, manga, [2] dan dipopularkan oleh orang-orang Portugis selepas penjelajahan India mereka. Oleh itu, perkataan Portugis untuk buah mangga ialah 'manga'.






MANFAAT BUAH MANGGA...




Isi buah mangga yang masak mengandungi lebih kurang 15% gula, sehingga 1% protein, dan agak banyak vitamin A, B dan C. Rasa buah ini amat manis, dengan sesetengah kultivar mempunyai rasa yang sedikit masam. Tekstur isi buah mangga amat berbeza-beza antara kultivar-kultivar yang berlainan; sesetengah buah mempunyai tekstur yang lembut dan benyek seolah-olah buah plum yang terlalu masak, sedangkan yang lain mempunyai isi yang lebih pejal serupa dengan tembikai wangi atau buah avokado. Isi buah sebilangan kultivar juga boleh mengandungi serabut. Buah mangga mengandungi banyak jus, dan rasa manis serta kandungan air yang tinggi menyebabkan buah ini amat menyegarkan ketika dimakan, walaupun agak leceh dan kotor.
Mangga tergolong dalam famili yang sama dengan pokok ivy beracun dan mengandungi urusyiol, walaupun tidak serupa banyak dengan ivy beracun. Sesetengah orang menghidap penyakit dermatitis ketika menyentuh sap atau kulit buah yang dikupas. Orang-orang yang mengalami tindak balas alergi selepas menyentuh buah mangga biasanya dapat menikmati buah ini jika orang lain mengupas kulit buah ini lebih dahulu. Daun-daun Buah Mangga adalah toksik terhadap lembu.
Buah mangga telah dikatakan melegakan usus-usus dan oleh itu, menyebabkan buah ini mudah dicernakan. Buah ini merupakan buah kebangsaan India dan Pakistan, dan dipercayai dapat membantu menghentikan perdarahan, mengukuhkan jantung, dan memanfaatkan otak. Buah mangga juga merupakan motif yang biasa dalam tekstil-tekstil India, dan dikenali sebagai corak Paisley.

Sabtu, 15 Ogos 2009

LANGSAT


APA ITU LANGSAT

Langsat merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada hutan Semanjung Malaysia, dan kini ditumbuh secara meluas di kawasan-kawasan tropika disebabkan buahnya yang manis. Pokok ini kini juga didapati di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Lansium domesticum Jack.

Warna kulitnya adalah antara kuning dan coklat, dan seringnya bertompok-tompok, dengan tekstur yang licin atau lekit-lekit. Apabila kulitnya dikopek, isinya yang terdiri daripada hiris-hiris yang berasingan didedahkan. Isinya yang lut cahaya adalah manis, tetapi biji-bijinya adalah pahit dan tidak dimakan.

Nama spesies lain atau nama lain untuk langsat: dokong, duku, lansa, langseh, langsep, lanzon, lanzone, lansone, duku, atau kokosan

MANFAAT LANGSAT

langsat sememangnya enak dimakan ketika segar. Kulit buahnya digunakan untuk mengusir nyamuk dengan cara dibakar. Selain itu juga kulit buahnya digunakan untuk pengubatan diare, kulit batangnya dan bijinya digunakan untuk ubat malaria. Biji duku memiliki khasiat untukmengubati , terutama bagi masyarakat asli Malaysia biasa memanfaatkannya untuk ubat sakit kepala. Batang kayunya sangat kuat dan digunakan sebagai bahan membuat kotak atau perkakas. Pohon berdaun rendang ini juga berfungsi untuk melindungi tanah tererosi air hujan serta menghasilkan humus. Jenis tumbuhan buah ini juga dapat ditanam untuk pemulihan kembali areal kritis.

Khamis, 13 Ogos 2009

BETIK


KENALI BETIK


Menurut wikipedia, Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Nama saintifiknya Carica papaya.


KHASIAT YANG DIPEROLEHI


Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.


Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.


Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.

Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur. Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’. Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.

Rabu, 12 Ogos 2009

BUAH MATA KUCING






KENALI POKOK MATA KUCING


Menurut wikipedia, Pokok Mata Kucing merupakan sejenis subspesies pokok Longan[1][2].
Pokok ini dikenali sedemikian kerana rupa dan saiz buahnya yang seperti mata kucing. Buah mata kucing kecil sedikit dari buah longan.
Setiap pokok Mata Kucing mampu mengeluarkan 2,000 hingga 2,500 biji buah setiap kali musim berbuah. Di Malaysia ia banyak ditanam di 20 hektar tanah di Kampung Lasah.






KHASIAT DAN KEGUNAAN BUAH MATA KUCING

Buah ini berisi phenolic terutama pada bijinya, seperti asam gallic, corilagin, dan asam ellagic,
yang mengindikasikan adanya kandungan antioksidan yang sesuai bagi wanita hamil dan
bijinya dikatakan boleh digunakan untuk mengubati gigitan ular.


Daunnya juga mempunyai khasiat yang tersendiri yang mana ia mengandungi quercitrin dan quercetin, yang memiliki sifat antioksidan dan antivirus, sehingga boleh dimanfaatkan untukn mengubati alergi, kanser, diabetes, dan penyakit kardiovaskular.

Dari segi bijinya pula, ia mengandungi saponin, tannin, dan lemak dan banyak digunakan
sebagai bahan untuk membuat shampoo dan mengatasi keringat yang berlebihan. Selain itu,
bijinya juga banyak digunakan untuk menghentikan pendarahan.

Isi buahnya boleh dijadikan ubat untuk sakit perut yang berfungsi untuk
pencernaan, mengurangkan suhu badan khususnya ketika demam dan membunuh cacing di
dalam perut, juga sebagai penawar racun. Air daripada isi buah mata kucing yang dikeringkan
merupakan penyegar dan ubat untuk insomnia, kelelahan kronik, perasaan lemah, dan, tidak
ada nafsu makan.

Buah mata kucing ini disebut juga menghasilkantenaga yang baik dan dapat meningkatkan stamina kerana ia banyak mengandungi sukrosa, protein, lemak, glukosa, dan asam tartaric. Oleh kerana itu buah ini juga baik untuk ibu hamil yang lemah atau selepas bersalin, tetapi dalam jumlah yang tidak berlebihan.





















Isnin, 10 Ogos 2009

RAMBUTAN



rambutan


KENALI RAMBUTAN



Rambutan adalah sejenis pokok buah saka. Rambutan berasal dari selatan China, Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka. Ia kini banyak ditanam di Asia Tenggara dan sedikit di Sri Lanka, New Guinea, Australia, Amerika dan Afrika.




Pokok rambutan boleh ditanam melalui biji benih ataupun melalui cantuman. Biji benih rambutan adalah jenis rekalsitran. Biji benih rambutan boleh disemai di dalam kotak semaian dan hendaklah dipindahkan ke dalam polibeg berukuran 20 x 25 cm apabila mencapai ketinggian lebih kurang 30 cm. Biji benih juga boleh disemai terus ke dalam polibeg. Rambutan juga biasanya dibiak dengan cara cantuman. Cantuman mata tunas sebaik-baiknya dilakukan apabila saiz pokok penanti sebesar batang pensil dan telah mengeluarkan daun baru.




Tanaman rambutan umumnya bebas daripada perosak dan penyakit utama. Penyakit kulapuk walaupun tidak serius tetapi kadang-kadang boleh menyerang bahagian dahan dan ranting. Cara kawalan penyakit ini ialah dengan semburan racun kulat Benomyl.




KHASIAT RAMBUTAN




Rambutan adalah salah satu tanaman yang mempunyai banyak penggunaannya selain buahnya dapat dimakan. Tetapi semua bahagian dari tanaman ini iaitu dari kulit, daun, biji, sampai akar, dapat berfungsi sebagai ubat demam, uban, disentri, sariawan, kencing manis, dengan cara penggunaannya yang tepat. Antara bahagian yang bermanfaat adalah kulit buah, kulit kayu, daun, biji, dan akarnya.




Antara manfaatnya yang diperolehi adalah Kulit buah: untuk mengatasi disentri, demamKulit kayu: untuk mengatasi sariawan, Daun pula boleh mengatasi diare dan menghitamkan rambut. Akar: untuk mengatasi demam manalaka Biji pula untuk mengatasi kencing manis (diabetes)




cara-cara:


1. Disentri.
Cuci kulit buah rambutan (10 buah) dan potong mengikut keperluan. Tambahkan 3
gelas air bersih , kemudian rebus air tersebut menjadi 1 gelas air , dan minum air tersebut
2 kali sehari.


2. Demam.

Cuci kulit buah rambutan yang telah dikeringkan (15 g). Tambahkan 3 gelas air bersih.
Kemudian, rebus air tersebut selama 15 minit dan minum 3 kali sehari.


3. Menghitamkan rambut beruban.

Cuci daun rambutan sebersihnya, kemudian. tumbuk sampai halus.
Tambahkan sedikit air dan adunkannya sehingga menjadi bubur.
letakkan didalam kain, kemudian, gunakan ketika rambut basah. gunakan setiap hari untuk
dan lihatlah hasilnya.


4. Kencing manis
gilingkan 5 biji rambutan ( biji sahaja) sampai menjadi serbuk. Campurkan dengan
sedikit air panas. Biarkan air tersebut menjadi suam, kemudian minum air tersebut sekaligus
lakukan 1 @ 2 kali sehari.


5. Sariawan.

Cuci kulit kayu rambutan (tiga ruas jari), masukkan 2 gelas air , dan kemudiannya rebus air
tersebut menjadi 1 gelas air. Gunakannya untuk berkumur.