Buah cempedak @ nama saitifiknya Artocarpus Champeden merupan salah satu buah-buahan tempatan. pokok cempedak sememangnya berasal dari asia tenggara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia. Cempedak dikenali sebagai " Multiple fruit" kerana ia terdiri daripada gugusan banyak bunga betina dan bunga jantan. gugusan bunga betina akan membentuk satu jambak dan seterusnya membentuk buah. Gugusan bunga jantan pula akan mereput dan menjadi kehitaman selepas 4-5 hari mengorak dan kemudiannya gugur. buah cempedak akan mengambil masa 100-120 hari untuk masaksetelah bunganya mengorak.
pokok cempedak tidak ditanam secara meluas kerana ia mudah diserang oleh baktera iaitu Erwinia Caratovora dimana dahan pokok yang diserang akan mengeluarkan getah berwarna kehitaman dan akhirnya dahan tersebut akan mati.
cempedak juga mempunyai banyak khasiat-khasiatnya yang tersendiri. setiap pengambilan per 100 gram cempedak, ia mengandungi tenaga sebanyak 117.0 g, moister sebanyak 66.7 g, protein iaitu 2.5 g, lemak sebanyak 0.4 g dan mempunyai karbohidrat iaitu 25.8 g. Selain itu, cempedak juga kaya dengan zat-zat lain seperti kalsium, zat besi,vitamim\n B1,B2 dan juga vitamin C. Namun pun begitu, buah cempedak sememangnya tidak sesuai untuk sesiapa yang mengidap penyakit kencing manis kerana ia mempunyai tenaga yang sangat tinggi.
TEMBIKAI
SERBA SEDIKIT TENTANG TEMBIKAI
Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae. Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma. Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).
KHASIAT
Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.
MANGGIS
manggis 2 nama saitifiknya Garcinia mangostana adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah" .
Terdapat banyak lagi nama saitifik bagi buah ini seperti Garcinia mangostana, Garcinia pedunculata, Roxburgh, Garcinia Kydia, Roxburgh, Garcinia indica, Choisy (Garcinia purpurea), Roxburgh; Brindonia indica dan DuPetit-Thouars.Manggis ditanam di semenanjung Malaysia dan kawasan sekitar ASEAN. Ia ditanam secara perdagangan di Malaysia,Indonesia,Thailand dan Filipina.
Adakah kita ketahui bahawa bagi satu pokok manggis , ia boleh menghasilkan buah sebanyak 100 - 3000 buah manggis. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.
Buah manggis mengandungi asid malik menjadikan isinya berasid. berdasarkan kajian yang telah dilakukan , getah yang terhasil dari pokok manggis mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol.Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garis pusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.
Buah manggis kaya dengan 40 dan lebih bahan antioksida yang boleh membantu memulihkan imunisasi badan. Kulit buah manggis juga mempunyai pelbagai khasiat dan ia digunakan dalam perubatan. Misalnya di India, kulit buah manggis digunakan secara meluas yang mana ia boleh digunakan untuk mengatasi masalah cirit-birit. Begitu juga dengan orang-orang cina yang mana mereka menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.Selain itu, manggis juga mempunyai Cathechins,Polyphenols dan polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat. Manggis juga kaya dengan pelbagai vitamin seperti B1,B2 dan c, zat besi , kalsium, dan sebagainya.
PISANG
Pisang merupakan salah satu buah yang tergolong dalam
dalam famili Musaceae.
Ia mempunyai banyak kebaikan dan khasiat yang tersendiri.
Diantaranya adalah seperti dapat merendahkan kolestrol kerana buah pisang sememangnya rendah dari segi kalori lemak dan sodium. Ia juga amat sesuai untuk sesiapa yang mengalami masalah cirit-birit.
selain itu, pisang juga boleh merawat masalah kemurungan kerana ia mempunyai kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
Tetapi pisang mempunyai kelemahan yang tersendiri iaitu ia tidak sesuai untuk sesiapa yang menghidap kencing manis.